Isnin, 21 September 2015

TAHUKAH ANDA..




1. "Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
    daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
    menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
     anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

13. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

14. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

16. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

17. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

18. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

19. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah

     di dunia ini dengan istiqamah.

RENUNGANLAH... WAHAI WANITA

Sungguh istimewa. Jadilah yang terbaik. Sebagai anak, isteri dan ibu yang solehah. InsyaAllah.

Isnin, 7 September 2015

Yang mana satu?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang hal ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Lihatlah..ini Malaysiaku yg ter'sayang'


Aku sangat bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah negara Islam yang sangat kuat semangat keIslamannya, iaitu Malaysia. Di sini ada banyak bukti yang menunjukkan yang Malaysia itu sebuah negara Islam. Sekali lagi aku rasa sangat bertuah!

1) Di Malaysia pemimpinnya melaungkan keIslaman, tapi satu hukum Allah pun tak dilaksanakan.

2) Di Malaysia ada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa, tapi isi kandungan Quran satu pun tak diendahkan.

3) Di Malaysia ada banyak kilang arak, disko, pelacur dan kelab dangdut, dan yang mengunjunginya orang Islam.

4) Di Malaysia ada Menteri yang mencadangkan panjangkan masa berhibur di tengah malam,
supaya negara Islam dapat membangun.

5) Di Malaysia tak boleh pakai kopiah, songkok atau serban masa sekolah, tapi orang Singh pakai serban tak apa. Malah dipersenda lagi 'sunnah' seperti mengikut budaya kaum jahiliyah.

6) Di Malaysia ulama'nya dikeji difitnah dan dikongkong, tapi paderi Kristian tak pernah dikeji
oleh orang Kristian.

7) Di Malaysia wanita Islamnya ramai yang tak pakai tudung, tudung tu imej saja, takde kaitan
dengan Islam.

8) Di Malaysia Islam dan kehidupan dipisahkan, masa sembahyang bertudung litup, lepas
sembahyang tudung pun terbang.

9) Di Malaysia buat Islam Hadhari supaya maju, zaman kegemilangan Islam dibawa Nabi
Muhammad s.a.w dulu tak cukup maju lagi, sebab takde Islam Hadhari.

10) Di Malaysia ada banyak rancangan keagamaan dalam tv, antaranya Akademi Fantasia
dan Mentor . Kalau rancangan ni buat pukul 3 pagi pun, orang akan bangun buat sembahyang tahajud depan tv.

11) Di Malaysia pemimpinnya rilek sahaja tengok perang kat negara lain, tengok sahaja orang Islam mati kena bom, dasar berkecuali yang diperkenalkan sangat bagus sekali!.

12) Di Malaysia sekolah agama ditutup, tapi sekolah cina dan india terus dibuka, sebab
sekolah agama ni boleh hasilkan pengganas Islam. Menteri Nazri kata, apa guna sekolah
agama kalau gejala sosial masih berlaku.

Wah bijak betul menteriku ini!

Lihatlah dunia betapa Islamnya Malaysia ku ini!
Aku rasa sangat bertuah sekali!

Ahad, 6 September 2015

Plague Of Happiness – Konspirasi
Konspirasi di zaman ini,
Mudah hilang mudah lengkap,
Tetap berkunjung lagi,
Kita songlap kita tentang,
Tetap ia x henti,
Namun kita tetap juga menuding hari,
Kerna, warna hati kian gelap ditutup benci,
Busuk mulut bawak dendam hasutan api,
Kenapa kita laung kita genggam sebuah uniti?
Tapi hakikatnya kita tetap berpecah lagi,
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
Konspirasi dizaman ini,
Bawak seribu jawapan yang sukar dierti,
Dwibahasa orang ternama tersisip rapi
Baik buruknya nampak berapi2?
Warna hati kian gelap ditutup benci,
Busuk mulut bawak dendam hasutan api,
Kenapa kita laung kita genggam sebuah uniti?
Tapi hakikatnya kita tetap berpecah lagi,
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
[SOLO]
Konspirasi dizaman ini,
Mudah hilang mudah lengkap,
Tetap berkunjung lagi,
Kita songlap kita tentang,
Ia x henti,
Namun kita tetap juga menuding hari,
Kerna, warna hati kian gelap ditutup benci,
Busuk mulut bawak dendam hasutan api,
Kenapa kita laung kita genggam sebuah uniti,
Hakikatnya kita tetap berpecah lagi,
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?
Wooohhhh, kenapa kita tetap berpecah lagi?

Pandai-pandai lah nak hidup...



Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada
pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia. 
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan. 
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan. 
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,Set Sofa) serta teratur dan kemas. 
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan. 
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh. 
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah 
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya. 
6. Suka menolong orang dan memberi derma 
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit. 
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya. 
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (juga bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (juga bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja.Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja.Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya) 
4. Sering bertengkar dengan isteri. 
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri. 
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja. 



Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Khamis, 3 September 2009