Isnin, 7 September 2015

Lihatlah..ini Malaysiaku yg ter'sayang'


Aku sangat bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah negara Islam yang sangat kuat semangat keIslamannya, iaitu Malaysia. Di sini ada banyak bukti yang menunjukkan yang Malaysia itu sebuah negara Islam. Sekali lagi aku rasa sangat bertuah!

1) Di Malaysia pemimpinnya melaungkan keIslaman, tapi satu hukum Allah pun tak dilaksanakan.

2) Di Malaysia ada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa, tapi isi kandungan Quran satu pun tak diendahkan.

3) Di Malaysia ada banyak kilang arak, disko, pelacur dan kelab dangdut, dan yang mengunjunginya orang Islam.

4) Di Malaysia ada Menteri yang mencadangkan panjangkan masa berhibur di tengah malam,
supaya negara Islam dapat membangun.

5) Di Malaysia tak boleh pakai kopiah, songkok atau serban masa sekolah, tapi orang Singh pakai serban tak apa. Malah dipersenda lagi 'sunnah' seperti mengikut budaya kaum jahiliyah.

6) Di Malaysia ulama'nya dikeji difitnah dan dikongkong, tapi paderi Kristian tak pernah dikeji
oleh orang Kristian.

7) Di Malaysia wanita Islamnya ramai yang tak pakai tudung, tudung tu imej saja, takde kaitan
dengan Islam.

8) Di Malaysia Islam dan kehidupan dipisahkan, masa sembahyang bertudung litup, lepas
sembahyang tudung pun terbang.

9) Di Malaysia buat Islam Hadhari supaya maju, zaman kegemilangan Islam dibawa Nabi
Muhammad s.a.w dulu tak cukup maju lagi, sebab takde Islam Hadhari.

10) Di Malaysia ada banyak rancangan keagamaan dalam tv, antaranya Akademi Fantasia
dan Mentor . Kalau rancangan ni buat pukul 3 pagi pun, orang akan bangun buat sembahyang tahajud depan tv.

11) Di Malaysia pemimpinnya rilek sahaja tengok perang kat negara lain, tengok sahaja orang Islam mati kena bom, dasar berkecuali yang diperkenalkan sangat bagus sekali!.

12) Di Malaysia sekolah agama ditutup, tapi sekolah cina dan india terus dibuka, sebab
sekolah agama ni boleh hasilkan pengganas Islam. Menteri Nazri kata, apa guna sekolah
agama kalau gejala sosial masih berlaku.

Wah bijak betul menteriku ini!

Lihatlah dunia betapa Islamnya Malaysia ku ini!
Aku rasa sangat bertuah sekali!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan